: 25 Februari 2025 (Selasa) : 9.00 Pagi: Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) UKM, Tasik ChiniHari ini berlangsungnya Sambutan Hari Rizab Biosfera Antarabangsa @ Tasik Chini. Mari sama-sama memeriahkan sambutan kali ini . Pelbagai aktiviti, persembahan, gerai jualan serta perkongsian ilmu turut disediakan untuk anda! Jemput hadir beramai-ramai!
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Hir Yanti Md Tahir, Timbalan Pengarah Instrumentasi dan Perkhidmatan Makmal, ALAF-UKM atas kejayaan memperoleh pengiktirafan sebagai “????? ???????????? ?? ??????????????? ???????????” daripada The National Federation of Neurolinguistic Programming USA.Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga ALAF-UKM untuk memperkukuh serta mempertingkatkan kecemerlangan akademik dan profesionalisme diri seterusnya memacu […]
Hari Bertemu Pelanggan Makmal i-CRIM, ALAF-UKM yang berlangsung pada 19 Februari 2025 (Rabu) di Kompleks Penyelidikan UKM telah melabuhkan tirai dengan penuh jayanya. Kira-kira 220 pengunjung yang terdiri daripada pelanggan, penyelidik dalam dan luar UKM, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpilih seluruh negara serta wakil industri hadir bagi mendapatkan maklumat, berkongsi pengalaman seterusnya meninjau sendiri […]
ALAF-UKM melalui Makmal Instrumentasi Berpusat (i-CRIM) telah menganjurkan The 3rd Instrumentation Seminar 2025 (SCI-INS 2025) pada 18 Februari 2025 (Selasa) bertempat di Bangi Resort Hotel. SCI-INS 2025 telah berjaya menarik penyertaan seramai 250 peserta yang terdiri daripada penyelidik dalam dan luar UKM, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpilih seluruh negara serta wakil industri.SCI-INS 2025 telah […]
Makmal Bioserasi, ALAF-UKM pada 10, 12 hingga 14 Februari 2025 telah menjalani proses Pemeriksaan Surveilans OECD Good Laboratory Practice (GLP) yang dikendalikan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan kepatuhan fasiliti kajian Makmal Bioserasi terhadap Organization for Economic Coorperation and Development (OECD) Principles of GLP dan keperluan-keperluan Program […]
Pada 13 Februari 2025 (Khamis) telah berlangsung dengan jayanya Program Mersing Young Scientist 2025 yang memperlihatkan semangat dan dedikasi generasi muda dalam menyelami dunia sains marin. Program yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), ALAF-UKM bersama Reef Check Malaysia dengan kerjasama Majlis Daerah Mersing ini direka khas untuk memberikan pengalaman pembelajaran praktikal yang mendalam […]
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ts. ChM. Dahliya Abdul Kadir, Pegawai Sains C10 atas pelantikan sebagai Penyelaras Makmal Fizikal dan Perkhidmatan ALAF-UKM, berkuat kuasa 1 Januari 2025.Semoga amanah dan tanggungjawab ini dapat dipikul dengan penuh dedikasi, seterusnya memacu kecemerlangan perkhidmatan dan pengurusan Makmal FIzikal ALAF-UKM ke tahap yang lebih tinggi seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan […]
Warga ALAF-UKM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam 2025 kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada warga universiti watan yang meraikannya. Kepelbagaian perayaan di Malaysia adalah lambang keharmonian negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.Semoga sambutan ini membawa keamanan, kesejahteraan dan keberkatan kepada anda semua serta memperkukuh semangat perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
ALAF-UKM melalui Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR) pada 6 Februari 2025 (Khamis) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perikanan Daerah Mersing. Delegasi ALAF-UKM disambut mesra oleh En. Muhammad Irfan Bin Ahmad Hanizar, Ketua Unit Taman Laut, Jabatan Perikanan Daerah Mersing.Kunjungan ini diketuai oleh Dr. Herryawan Ryadi Eziwar Dyari, Ketua Makmal EKOMAR, bersama Pn. Nur Amelia […]





















