Hari Penyu Sedunia disambut pada 23 Mei setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pemeliharaan dan perlindungan hidupan penyu. Saban tahun, penyu dilihat sebagai salah satu spesies hidupan laut yang terancam populasinya akibat pencemaran.Penggunaan plastik sekali guna dan sampah-sampah plastik yang dibuang ke dalam laut menyumbang kepada pencemaran dan mengancam kehidupan penyu […]
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada ??. ??????? ??????, ????? ?????? ????? ???????????? ????? ??????, ????-??? di atas kejayaan memperoleh dana (Geran Penyelidikan ) bagi kajian The Reassessment and Development of The Integrated Management Plan for Gambut Land, Southern Pahang 2026 – 2035 berjumlah RM480,000.00.Syabas dan tahniah diucapkan.
HARI ini dirai bagi meningkatkan kesedaran tentang kepupusan biodiversiti dan mendorong usaha pemuliharaan, sejak 2000 lagi. Pelbagai pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), saintis, komuniti Orang Asli, dan syarikat mempunyai pandangan berbeza tentang kepentingannya, tetapi semua sepakat mahukan penyelesaian ‘menang-menang’. Sebagai ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia komited dalam memulihara biodiversiti melalui Rangka Kerja […]
Malaysia terkenal dengan kelimpahan flora dan fauna yang menyumbang kepada kepelbagaian hutan dan ekosistem serta biodiversiti dari hutan hujan yang lebat hingga ke dasar laut dalam. Sambutan Hari Biodiversiti merupakan inisiatif global yang bertujuan untuk menggalakkan perlindungan, pemuliharaan, dan penggunaan lestari sumber-sumber alam.Hari Biodiversiti juga merupakan langkah untuk kita semua sama-sama menyoroti kepentingan kepelbagaian dan […]
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad pada Isnin 19 Mei 2025. Kunjungan ini adalah bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama strategik yang berteraskan kepada prinsip kelestarian, pemerkasaan komuniti serta pembangunan Langkawi sebagai tapak UNESCO Global Geopark yang bernilai tinggi.Delegasi ALAF-UKM diketuai oleh Pengarah […]
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF-UKM) menerusi Pusat Penyelidikan Langkawi, Universiti Kebangsaan Malaysia menerima kunjungan rasmi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, hari ini.Kehadiran beliau disambut oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan […]
Satu pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad telah berlangsung di Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2025.UKM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor manakala, Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad […]
TASIK CHINI, 8 Mei 2025 – Satu program lawatan tapak (site visit) telah diadakan pada 5 hingga 8 Mei 2025 melibatkan penyelidik dari University of Greenwich (UK), Lingnan University, Pusat Kajian Bencana (SEADPRI-UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-UKM. Lawatan ini adalah sebahagian daripada Projek Penyelidikan bertajuk *“Approaches for Engaging […]
22 April telah diwartakan sebagai tarikh Sambutan Hari Bumi di peringkat antarabangsa dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran orang awam ke arah pemeliharaan bumi serta pemuliharaan alam sekitar. Hari Bumi juga merupakan sambutan yang disambut oleh 192 negara dengan tujuan yang sama bagi meningkatkan kesedaran penduduk bumi mengenai isu-isu alam sekitar yang dihadapi oleh bumi melibatkan […]
ALAF-UKM telah menubuhkan Tabung Penyelidikan dan Pemuliharaan Alam ALAF-UKM melalui platform give2UKM sebagai inisiatif strategik bagi pemuliharaan alam semula jadi serta menghargai keanekaragaman biologi.???????? ????????? ?????? Menyokong penyelidikan saintifik dalam pemuliharaan keanekaragaman biologi dan pengurusan sumber alam Meningkatkan kesedaran awam melalui program pendidikan dan kempen alam sekitar Mengumpulkan dana untuk penyelidikan dan aktiviti yang berfokus […]





















