ALAF-UKM telah menubuhkan Tabung Penyelidikan dan Pemuliharaan Alam ALAF-UKM melalui platform give2UKM sebagai inisiatif strategik bagi pemuliharaan alam semula jadi serta menghargai keanekaragaman biologi.???????? ????????? ?????? Menyokong penyelidikan saintifik dalam pemuliharaan keanekaragaman biologi dan pengurusan sumber alam Meningkatkan kesedaran awam melalui program pendidikan dan kempen alam sekitar Mengumpulkan dana untuk penyelidikan dan aktiviti yang berfokus […]
Perbadanan Taman Negeri Pahang bersama Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) serta Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) UKM telah melaksanakan sesi pelepasan benih ikan di Tasik Chini Rizab Biosfera pada 25 Februari 2025 (Selasa).Program ini diadakan bersempena Majlis Sambutan Hari Rizab Biosfera Antarabangsa sebagai langkah proaktif dalam usaha pemuliharaan biodiversiti akuatik dan ekosistem […]
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) terus memperkukuh peranannya dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi dengan menjalin kerjasama strategik bersama Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP).Usaha ini dijayakan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung hari ini di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) bersempena Sambutan Hari Rizab Biosfera […]
: 25 Februari 2025 (Selasa) : 9.00 Pagi: Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) UKM, Tasik ChiniHari ini berlangsungnya Sambutan Hari Rizab Biosfera Antarabangsa @ Tasik Chini. Mari sama-sama memeriahkan sambutan kali ini . Pelbagai aktiviti, persembahan, gerai jualan serta perkongsian ilmu turut disediakan untuk anda! Jemput hadir beramai-ramai!
Pada 13 Februari 2025 (Khamis) telah berlangsung dengan jayanya Program Mersing Young Scientist 2025 yang memperlihatkan semangat dan dedikasi generasi muda dalam menyelami dunia sains marin. Program yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), ALAF-UKM bersama Reef Check Malaysia dengan kerjasama Majlis Daerah Mersing ini direka khas untuk memberikan pengalaman pembelajaran praktikal yang mendalam […]
8 Jun setiap tahun telah diwartakan sebagai tarikh untuk memperingati Sambutan Hari Lautan Sedunia di peringkat global dengan tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan lautan bagi menampung kehidupan di bumi selain satu langkah mempromosikan usaha kelestarian dan perlindungan ekosisten laut.Lautan bukan sahaja merupakan sumber makanan dan rezeki manusia, tetapi ia juga memainkan […]
Hari Penyu Sedunia disambut pada 23 Mei setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pemeliharaan dan perlindungan hidupan penyu. Saban tahun, penyu dilihat sebagai salah satu spesies hidupan laut yang terancam populasinya akibat pencemaran.Penggunaan plastik sekali guna dan sampah-sampah plastik yang dibuang ke dalam laut menyumbang kepada pencemaran dan mengancam kehidupan penyu […]
Pusat Penyelidikan Tasik Chini melalui pasukan Task Force yang diketuai oleh Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Prof. Madya. Dr. Mohd Shazrul Fazry telah berjaya menerima pengiktirafan ???????? ? ??????? ?????? ???????? ?????? ????/???? melalui Laporan Berkala Rizab Biosfera Tasik Chini di dalam usaha mengekalkan status Rizab Biosfera oleh UKM Holdings dan UKM Pakarunding.Pasukan penyelidik […]
Tanggal 2 Februari setiap tahun adalah merupakan tarikh yang istimewa kerana pada tarikh ini telah diwartakan di peringkat antarabangsa sebagai Hari Tanah Lembap Sedunia (World Wetlands Day). Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melindungi tanah lembap di seluruh dunia kerana ianya memainkan peranan penting dalam mengekalkan biodiversiti serta menyediakan […]





















