Satu pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad telah berlangsung di Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) 2025.UKM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor manakala, Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad […]
Sukacita dimaklumkan bahawa YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi akan mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), ALAF-UKM pada: Tarikh: 20 Mei 2025 (Selasa) Lokasi: Pusat Penyelidikan Langkawi, ALAF-UKM Masa: 2.00 PetangLawatan ini membuka ruang untuk perkongsian hala tuju strategik penyelidikan serta memaparkan peranan aktif PPL dalam menjayakan aspirasi pendidikan tinggi […]
Warga Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal (ALAF-UKM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-55 penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia.Selama lebih lima dekad, UKM terus teguh sebagai institusi ilmu yang unggul, memacu kecemerlangan dalam pendidikan, memperkasa penyelidikan dan khidmat kepada masyarakat. Dalam mendukung aspirasi negara, UKM kekal komited menjadi wadah ilmu yang memberi manfaat […]
TASIK CHINI, 8 Mei 2025 – Satu program lawatan tapak (site visit) telah diadakan pada 5 hingga 8 Mei 2025 melibatkan penyelidik dari University of Greenwich (UK), Lingnan University, Pusat Kajian Bencana (SEADPRI-UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-UKM. Lawatan ini adalah sebahagian daripada Projek Penyelidikan bertajuk *“Approaches for Engaging […]
eramai 49 Pelajar, 10 Pensyarah & 11 Kakitangan Jabatan Sains dan Teknologi Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai Kursus Teknik Lapangan Alam Sekitar ESC3020, satu program intensif selama tiga hari yang memberi pendedahan awal kepada pelajar tahun 1 mengenai prinsip asas, teknik pengukuran dan persampelan parameter alam sekitar. Fokus kursus meliputi aspek air, […]
Pada 30 April 2025, ALAF-UKM menerusi Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR) bersama Yayasan Canselor telah mengadakan perbincangan bersama Tuan Sheikh Zulkifli Bin Sheikh Abdul Rahim, Pengerusi Persatuan Pelancongan Mersing (MTA) bagi hala tuju potensi kerjasama memperkasa aktiviti Eksplorasi Ilmu di Mersing, Johor.ALAF-UKM juga turut mengadakan perbincangan di SMK Mersing pada 29 April 2025 juga membincangkan […]
24-25 April 2025 – Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berbesar hati menerima seramai 102 orang pelajar dari SK (LKTP) Chini 2 bagi program Kem Kepimpinan Pemimpin Cilik 2025 yang berlangsung selama dua hari satu malam.Program ini bertujuan untuk membentuk sahsiah kepimpinan dan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar sekolah rendah melalui pelbagai […]
22 April 2025 – Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institute for Global Strategy and Competitiveness (IGSC), Sunway University yang diketuai oleh Prof. Pervaiz K. Ahmed (Director) dan Prof. Santha Vaithilingam (Deputy Director) bersama pasukan penyelidik kanan dan penganalisis penyelidikan.Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh mengenai keunikan […]
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila mencatat pencapaian membanggakan dalam Times Higher Education Asia University Rankings 2025.Lebih membanggakan, UKM kini diiktiraf sebagai Universiti Nombor 1 di Malaysia bagi Tonggak Pengajaran yang merupakan salah satu indikator penting terhadap kualiti pengajaran, pengalaman pembelajaran pelajar dan pembangunan tenaga akademik yang mampan.Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi seluruh […]
ALAF-UKM telah menubuhkan Tabung Penyelidikan dan Pemuliharaan Alam ALAF-UKM melalui platform give2UKM sebagai inisiatif strategik bagi pemuliharaan alam semula jadi serta menghargai keanekaragaman biologi.???????? ????????? ?????? Menyokong penyelidikan saintifik dalam pemuliharaan keanekaragaman biologi dan pengurusan sumber alam Meningkatkan kesedaran awam melalui program pendidikan dan kempen alam sekitar Mengumpulkan dana untuk penyelidikan dan aktiviti yang berfokus […]





















