21 Mac merupakan tarikh yang telah diwartakan sebagai Hari Hutan Antarabangsa oleh Organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kelestarian hutan, perlindungan alam sekitar dan pengurusan hutan secara lestari. “Hutan dan Makanan” merupakan tema pada tahun 2025 yang mengiktiraf peranan ekosistem hutan dalam menjamin sekuriti makanan global. Mari bersama kita menghargai khazanah […]
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) telah menganjurkan Majlis Jalinan Iftar Cahaya Ramadan bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) pada 13 Mac 2025. Seramai 21 orang anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Darul Izzah Bangi diraikan dalam majlis ini sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan warga UKM kepada golongan yang memerlukan.Pada majlis tersebut, […]
Pada 5 Mac 2025 (Rabu), delegasi ALAF-UKM telah mengadakan kunjungan hormat ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi membincangkan potensi kolaborasi seni dan budaya dalam penganjuran Teater Muzikal Puteri Gumum, Mitos Rizab Biosfera Tasik Chini UNESCO. Delegasi ALAF-UKM disambut mesra oleh Timbalan Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan DBP, Pn. Huznah Sa’it bersama Perancang Bahasa Bahagian […]
Pusat Penyelidikan Langkawi, (PPL) ALAF-UKM bersama Global South Bats (GSB) 2025 dengan kerjasama Fakulti Perhutanan Tropika, Universiti Malaysia Sabah telah berjaya menganjurkan Global South Bats Workshop 2025 pada 10 hingga 21 Februari 2025 bertempat Pusat Penyelidikan Langkawi dan Sukau Green View Resort, Sabah. Bengkel yang diterajui oleh Dr. Juliana Senawi, Ketua Makmal PPL ini menghimpunkan […]
Tanggal 3 Mac setiap tahun adalah merupakan tarikh yang telah diwartakan di peringkat antarabangsa sebagai Hari Hidupan Liar Sedunia atau ????? ???????? ???. Bertemakan “Wildlife Conservation Finance: Investing in People and Planet”, tema tahun ini menekankan kepentingan pembiayaan mampan dalam usaha pemuliharaan serta bagaimana pelaburan terhadap alam sekitar memberi manfaat kepada komuniti global.Pemuliharaan hidupan liar […]
Bulan penuh keberkatan kembali menyapa kita. Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga ruang untuk memperkukuh keimanan, memperbanyakkan amal kebajikan serta menyemai kesabaran dan keikhlasan dalam setiap perbuatan.Semoga Ramadan kali ini membawa ketenangan dan kekuatan untuk kita semua dalam menjalani ibadah serta terus berusaha menjadi insan yang lebih baik.Salam Ramadan Kareem dari […]
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) terus memperkukuh peranannya dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi dengan menjalin kerjasama strategik bersama Perbadanan Taman Negeri Pahang (PTNP).Usaha ini dijayakan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung hari ini di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) bersempena Sambutan Hari Rizab Biosfera […]
: 25 Februari 2025 (Selasa) : 9.00 Pagi: Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) UKM, Tasik ChiniHari ini berlangsungnya Sambutan Hari Rizab Biosfera Antarabangsa @ Tasik Chini. Mari sama-sama memeriahkan sambutan kali ini . Pelbagai aktiviti, persembahan, gerai jualan serta perkongsian ilmu turut disediakan untuk anda! Jemput hadir beramai-ramai!
Warga ALAF-UKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Hir Yanti Md Tahir, Timbalan Pengarah Instrumentasi dan Perkhidmatan Makmal, ALAF-UKM atas kejayaan memperoleh pengiktirafan sebagai “????? ???????????? ?? ??????????????? ???????????” daripada The National Federation of Neurolinguistic Programming USA.Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga ALAF-UKM untuk memperkukuh serta mempertingkatkan kecemerlangan akademik dan profesionalisme diri seterusnya memacu […]
Hari Bertemu Pelanggan Makmal i-CRIM, ALAF-UKM yang berlangsung pada 19 Februari 2025 (Rabu) di Kompleks Penyelidikan UKM telah melabuhkan tirai dengan penuh jayanya. Kira-kira 220 pengunjung yang terdiri daripada pelanggan, penyelidik dalam dan luar UKM, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpilih seluruh negara serta wakil industri hadir bagi mendapatkan maklumat, berkongsi pengalaman seterusnya meninjau sendiri […]





















