Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencatat lonjakan sebanyak 215 anak tangga ke kedudukan ke-53 dunia daripada kedudukan 201–300 pada tahun sebelumnya dalam penarafan Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2025.Penarafan Impak THE menilai komitmen institusi terhadap 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui penyelidikan, pendidikan, jangkauan komuniti dan pengurusan kelestarian kampus.UKM membuktikan kecemerlangannya apabila […]
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) telah menganjurkan Majlis Harmoni Raya Bersama ALAF-UKM bertempat di Pusat Penyelidikan Ekosistem Marin (EKOMAR), Tanjung Resang, Mersing pada 10 April 2025. Majlis ini dianjurkan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H dan bertujuan meraikan kemeriahan Syawal bersama warga kerja, rakan strategik serta komuniti setempat dalam suasana penuh kegembiraan […]
Alhamdulillah, semalam telah berlangsung dengan jayanya Majlis Tautan Kasih Ramadan Bersama Komuniti Bukit Fraser anjuran Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, ALAF-UKM bertempat di Masjid Sultan Mahmud, Bukit Fraser, Pahang. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ALAF-UKM dan penduduk setempat dengan berbuka puasa bersama-sama dengan cara bergotong-royong dalam menyediakan juadah berbuka puasa yang dihadiri […]
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM) telah menganjurkan Majlis Jalinan Iftar Cahaya Ramadan bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) pada 13 Mac 2025. Seramai 21 orang anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Darul Izzah Bangi diraikan dalam majlis ini sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan warga UKM kepada golongan yang memerlukan.Pada majlis tersebut, […]





















