Dimaklumkan bahawa Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), akan menganjurkan Siri 3/ 2024, Diskusi Manuskrip Melayu pada ketetapan seperti berikut:

Topik: Naskah S.O. 118 tersimpan di Perpustakaan Universiti Bonn, Jerman

Panel: Dr. Mohd Faizal Musa (Faisal Tehrani), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM

Tarikh: 19 Jun 2024 (Rabu)

Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Platfom: Secara Dalam Talian

Penyertaan adalah percuma dan semua dijemput hadir.

Kehadiran kakitangan UKM akan direkod dalam sistem UrusBakat.