Panggilan Makalah: Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Jurnal ATMA)

????????? ???????: ?????? ???????????? ???? ??? ??????? ?????? (?????? ????)
Sukacita dimaklumkan bahawa Sidang Editorial Jurnal ATMA ingin menjemput para pemakalah untuk menyumbang manuskrip bagi penerbitan Jurnal ATMA.
Jurnal ATMA yang diterbitkan tiga kali setiap tahun merangkumi Januari, Mei dan September, merupakan jurnal berwasit dan berindeks yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dengan itu, Jurnal ATMA mengalu-alukan penghantaran manuskrip tuan/puan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang mencakupi bidang pengajian bahasa dan linguistik, sastera tradisional dan moden, sejarah, budaya dan falsafah, etno-sains dan teknologi, kepimpinan, dan pembangunan ekonomi.
Sebagai maklumat tambahan, Jurnal ATMA menawarkan:
– Jurnal berindeks MyCITE
– Proses pewasitan dijalankan secara double blind review
– Penulisan dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris
– Tiada sebarang yuran dikenakan
✅ Maklumat lanjut: ijmwc@ukm.edu.my