KAMUS Bahasa Melayu Bahasa Vietnam
Butiran
| Pengarang | : Mohamad Zain Musa, Abdul Latif Hj. Samian, Mai Ngoc Chu, Tran Thuy Anh, Ding Choo Ming, Mawar Syafie |
| Penerbit | : Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
| Tahun | : 2014 |
| Jumlah Halaman | : 162 |
| Rujukan/Muat Turun | : Klik di sini |
Ringkasan
Bismillahirahmanirrahim
Syukur Alhamdulillah usaha sama antara Insititut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universiti Sosial Sains dan Kemanusiaan (USSH), Hanoi National University Vietnam telah berjaya dilaksanakan menerusi MoU di antara kedua pihak yang termeterai pada 29 Jun 2012. Kerjasama ini dimulakan dengan mengadakan sebuah kamus yang diberi judul KAMUS BAHASA MELAYU – BAHASA VIETNAM. Kamus ini mensasarkan mereka yang ingin belajar samada Bahasa Melayu atau Bahasa Vietnam peringkat asas (beginner). Kata masukan berbahasa Melayu dan padanannya di dalam Bahasa Vietnam dipilih daripada perkataan-perkataan yang lazim digunakan oleh pengguna asas (beginner). Semua ini dilakukan oleh pakar-pakar dalam sidang editor yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Zain Musa. Diharapkan karya ini mampu menjadi langkah permulaan kerjasama di antara Insititut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dan Universiti Sosial Sains dan Kemanusiaan (USSH). Pertukaran tenaga pakar dalam pelbagai bidang di antara kedua pihak akan terus dilakukan dan hasil kerjasama tersebut akan diterbitkan dalam bentuk yang sesuai.
Diharapkan juga mereka yang berminat dan ingin mendalami pengetahuan Bahasa Melayu dan Bahasa Vietnam boleh mendapat manfaat sepenuhnya daripada penerbitan karya ulung ini. Seterusnya kata-kata dasar akan ditambah lagi sebagai masukan kamus ini dari semasa ke semasa.
Ketua Penyunting
Prof. Madya Dr. Mohamad Zain Musa