Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih Puan Syazriza Zulkapli

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Syazriza Zulkapli, Pegawai Tadbir Kanan (N10) atas segala jasa, dedikasi, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di ATMA.
Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami di ATMA mendoakan agar segala usaha dan dedikasi yang diberikan sentiasa diberkati, begitu juga dengan setiap langkah dan perjalanan kerjaya selepas ini dipermudahkan serta terus cemerlang di tempat baharu. Terima kasih atas jasa, pengorbanan dan kenangan yang ditinggalkan.
Selamat maju jaya!