Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Chong Shin atas pelantikan sebagai Ahli Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam bidang Linguistik dan Sosiolinguistik

???????? ???????!

Warga Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Prof. Madya Dr. Chong Shin (Felo Penyelidik Kanan ATMA) atas pelantikan sebagai Ahli Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam bidang Linguistik dan Sosiolinguistik, berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2028.

Semoga pelantikan ini memberi impak yang bermakna dalam memperkasa bidang penilaian akademik dan mutu pendidikan tinggi negara.

#ATMAUKM #MQA #PelantikanProfesional #TahniahWargaATMA #TahniahATMA #WargaATMA #KualitiATMA