Tahniah! Prof. Madya Dr. Nor Zalina Harun atas pelantikan sebagai Perunding bagi projek Kajian Pembangunan Pengurusan Kanopi Hijau Malaysia

π‘Ίπ’šπ’‚π’ƒπ’‚π’” 𝒅𝒂𝒏 π’•π’‚π’‰π’π’Šπ’‚π’‰!

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, merakamkan ucapan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Nor Zalina Harun atas pelantikan sebagai Perunding bagi projek Kajian Pembangunan Pengurusan Kanopi Hijau Malaysia oleh Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi tempoh 2025–2027.

Pelantikan ini mencerminkan kepakaran beliau dalam bidang landskap, alam sekitar dan pengurusan ruang hijau, sekali gus mengukuhkan peranan ATMA dalam menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih mampan dan berdaya tahan.

Semoga pelantikan ini terus mengangkat kecemerlangan penyelidikan, pembangunan, serta pengurusan alam sekitar di peringkat nasional.