Pertandingan Mewarna Seni Ragam Hias Mushaf Al-Quran 2026

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Pertandingan Mewarna Seni Ragam Hias Mushaf Al-Quran Alam Melayu Peringkat Kebangsaan, anjuran bersama Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PKMM), Perpustakaan Negara Malaysia dan Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersempena bulan Ramadan 1447H/ 2026M.
Terdapat 3 kategori penyertaan iaitu:
1. Kategori A: 7-9 tahun
2. Kategori B: 10-12 tahun
3. Kategori C: 13-15 tahun
✅ Kaedah Pertandingan:
– Kategori A & B: Atas Talian
– Kategori C: Bersemuka
📍Tempat Pertandingan Kategori C: Universiti Kebangsaan Malaysia
📅Tarikh Pertandingan Kategori C: 11 April 2026
✅Tempoh Pendaftaran Penyertaan:
– Kategori A & B: 24 Februari 2026 – 14 Mac 2026
– Kategori C: 24 Februai 2026 – 5 April 2026 (50 Penyertaan Terawal Sahaja)
✅Tarikh akhir penghantaran hasil mewarna bagi Kategori A & B:
14 Mac 2025
✅Jom mendaftar dengan mengimbas kod QR disediakan atau klik pada pautan:
https://forms.gle/d4ZJEUBUENLMHWXy8
✅ Peserta akan menerima markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) Peringkat Kebangsaan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
✅untuk maklumat lanjut boleh emelkan kepada:
ppmam@ukm.edu.my atau di talian: 03-8921 4166