Tahniah! Dr. Junaini Kasdan, atas pelantikan sebagai Profesor Pelawat di Silk Road International University of Tourism and Cultural Heritage (SRIUTCH), Uzbekistan.

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Dr. Junaini Kasdan, Timbalan Pengarah ATMA, atas pelantikan sebagai Profesor Pelawat di Silk Road International University of Tourism and Cultural Heritage (SRIUTCH), Uzbekistan.
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan antarabangsa terhadap kepakaran dan komitmen beliau sekali gus memperkukuh hubungan strategik ATMA di peringkat global.