Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah & Budaya di Alam Melayu Ke-10 (ASBAM-X)

Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia (IAAM), Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Melaka World Heritage dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Universitas Hasanuddin (UNHAS), Makassar, Masyarakat Pernaskahan Nusantara dan sokongan Jabatan Warisan Negara menjemput para penyelidik, ahli akademik, sarjana, pelajar siswazah serta penggiat warisan untuk menyertai ASBAM-X yang akan berlangsung seperti berikut:
πŸ—“ 27–28 Ogos 2026
πŸ“ Hotel Dusit Princess, Melaka
Dengan tema β€œArkeologi, Sejarah dan Budaya Alam Melayu Memperkukuh Jati Diri”, seminar ini bertujuan menjadi wadah ilmiah bagi perbincangan, perkongsian dapatan penyelidikan serta wacana kritis berkaitan pemahaman masa lalu dan cabaran semasa Alam Melayu.
πŸ—“ Tarikh penting:
πŸ”Έ Serahan abstrak: 26 Jun 2026
πŸ”Έ Kertas kerja penuh & bayaran: 26 Julai 2026
πŸ“Œ Tempat adalah terhad
Daftar sekarang melalui pautan:
πŸ‘‰ https://tinyurl.com/daftarasbam10
πŸ“§ Sebarang pertanyaan: asbam.atma@gmail.com