Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2026

??????? ????????? ???? ???? ????????? ????? / ?????

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Aidiladha merupakan simbol pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang mengajar erti kesabaran dan penghayatan nilai kemanusiaan sejagat. Semangat pengorbanan yang dipupuk melalui ibadah korban sewajarnya menjadi asas dalam memperkukuh ukhuwah, mempererat hubungan masyarakat dan menyemai rasa syukur.

Semoga sambutan Aidiladha pada tahun ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk terus mempertingkat amal ibadah dan nilai kemuliaan insan.