Tahniah Ts. Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria atas pelantikan sebagai Kurator Pameran Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2026
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM merakamkan tahniah kepada Ts. Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Ketua Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, ATMA, atas pelantikan sebagai Kurator Pameran Festival Turath Islami Selangor (FTIS) 2026 dengan peruntukan sebanyak RM60,320.00 daripada Yayasan Turath Islami.
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran, pengalaman dan sumbangan beliau dalam bidang manuskrip, pemuziuman, dan khazanah keilmuan Alam Melayu, khususnya dalam usaha memelihara, meneliti dan mengetengahkan warisan turath kepada masyarakat.
Semoga amanah yang diberikan ini dapat terus memperkukuh usaha pemartabatan khazanah manuskrip dan warisan intelektual Islam di Alam Melayu.
