Buku Ruang dan Warisan Sosial: Naratif Lestari Komuniti Serantau menghimpunkan wacana interdisiplin yang menelusuri hubungan dinamik antara ruang, budaya dan kelangsungan sosial dalam konteks komuniti serantau. Melalui perbincangan yang merangkumi warisan kebudayaan seperti landskap dan petempatan tradisional, megalitik, komuniti, pelancongan serta peranan institusi ilmu dalam mengetengahkan memperkasakan ruang sebagai medan pembentukan identiti, memori kolektif dan amalan sosial yang berterusan.
Berasaskan naratif tempatan dan pengalaman komuniti di Malaysia serta rantau sekitarnya, buku ini menawarkan kefahaman kritikal tentang cabaran modenisasi, pemuliharaan warisan dan pembangunan mampan. Secara keseluruhan, buku ini menjadi rujukan penting kepada sarjana, penggubal dasar dan pengamal yang berminat terhadap usaha memperkasa warisan sosial dan membina masa depan komuniti yang lestari berteraskan nilai budaya dan ruang kehidupan.