𝑻𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉!
Tahniah diucapkan kepada Muhamad Adha Abdul Jalil, pelajar Ijazah Doktor Falsafah ATMA, atas kejayaan meraih Anugerah Perak menerusi penyertaan dalam Tuanku Chancellor International Conference on Law 2026 yang berlangsung pada 28 hingga 29 Oktober 2026.
Pencapaian ini mencerminkan keupayaan pelajar pascasiswazah ATMA untuk terus menghasilkan penyelidikan berkualiti dan bersaing dalam platform akademik yang lebih luas.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik dan penyelidikan yang berterusan di persada antarabangsa.