Pengesanan dan Pengemaskinian Maklumat Alumni ATMA

📢 PENGESANAN & PENGEMASKINIAN MAKLUMAT ALUMNI ATMA
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang melaksanakan inisiatif Pengesanan dan Pengemaskinian Maklumat Alumni ATMA bagi memperkukuh pangkalan data serta jaringan komuniti alumni ATMA.
Sehubungan itu, semua alumni ATMA, khususnya graduan pengajian Sarjana (Master), Sarjana Pesuratan dan Doktor Falsafah (PhD) dari tahun-tahun terdahulu serta kohort graduasi terkini, adalah dijemput untuk mengemas kini maklumat peribadi, akademik dan profesional masing-masing.
Kerjasama dan sokongan semua alumni amatlah dihargai dalam usaha memperkukuh hubungan antara alumni dengan pihak institut.