institut Alam dan Tamadun Melayu

INSTITUTE OF THE MALAY WORLD AND CIVILIZATION

Atas Nama Kebenaran: Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal

Butiran

Pengarang: Khalif Muammar
Penerbit: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Tahun: 2009
Jumlah Halaman
Rujukan/Muat TurunKlik di sini

Ringkasan

Buku ini berusaha mempertahankan kebenaran Islam dan kemurnian ajarannya. Pada hari ini Islam telah menjadi objek perombakan golongan sekular-liberal dengan menggunakan perangkat Sufasta’iyyah moden (pascamodenisme). Banyak konsep dalam Islam seperti Tawhid, al-Qur’an, Shari’ah dan peranan ulama’ telah menjadi sasaran serangan dan distorsi golongan Islam liberal ini. Buku ini juga menjawab kekeliruan yang dicetuskan oleh golongan liberal seperti dekonstruksi Shari’ah, pluralisme agama, hermeneutika, kebebasan berijtihad, kesetaraan gender dan Iain-Iain yang dilakukan atas nama kebebasan berpendapat, relativisme dan subjektivisme.

Dengan berpandukan karya-karya besar ulama’ muktabar sepanjang zaman, penulis membongkar akar-akar pemikiran Islam Liberal, konspirasi di sebalik fenomena ini dan menunjukkan kerancuan epistemologi dan metodologi yang digunakan. Lebih dari itu, penulis juga memberikan jalan keluar dari kemelut jati diri dan krisis pemikiran yang dihadapi oleh umat Islam di zaman ini.

ISBN : 978-983-99897-4-8

Skip to content