Kitab Ilmu Nujum Melayu
Butiran
| Pengarang | : Haron Daud |
| Penerbit | : Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
| Tahun | : 2009 |
| Jumlah Halaman | : |
| Rujukan/Muat Turun | : Klik di sini |
Ringkasan
Masyarakat Melayu tradisional memang kaya dengan pelbagai ilmu dan mereka mempraktikkannya dalam kehidupan harian. Ini sebahagiannya terparicar dalam manuskrip yang kini banyak tersimpan di beberapa buah perpustakaan termasuk Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda. Di perpustakaan inilah manuskrip diperolehi untuk menulis buku Kitab Ilmu Nujum Melayu. Ilmu Nujum merupakan ilmu untuk meramal sesuatu, biasanya berkaitan dengan manusia, berdasarkan abjad nama orang yang terlibat, waktu dalam sehari, hari dan bulan Islam atau sesuatu benda yang berkaitan. Ramalan juga boleh dibuat untuk menta’bir mimpi, gerak gempa, hujan dalam semusim dan sebagainya.
Ilmu Nujum atau Astrologi mempunyai hubung kait dengan Ilmu Bintang. Buku ini antara lain memuatkan ilmu untuk meramal barang yang hilang, keserasian jodoh laki isteri, mengenali jenis wanita, meramal untung rugi dalam perniagaan, meramal tabiat manusia, ta’bir mimpi dan memilih hari yang baik untuk memulakan pekerjaan. Kebanyakan ramalan dibuat menggunakan kaedah yang agak saintifik dan formula tertentu berasaskan peredaran cakerawala, nama hari, dan nama orang terbabit. Buku ini amat berguna untuk ahli akademik, pengkaji masyarakat dan pemikiran Melayu, mahasiswa, dan semua pihak yang mencintai kepustakaan ilmu Melayu.
ISBN : 978-983-99897-9-0