Siri Diskusi Manuskrip 2022 (Bil.1): Naskhah Dala’il al-Khayrat Diraja Terengganu

Undangan menyertai Siri 1/2022 Diskusi Manuskrip Melayu – Naskhah Dala’il al-Khayrat Diraja Terengganu
Sukacita dimaklumkan Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan Siri 1/2022 Diskusi Manuskrip Melayu dalam talian seperti ketetapan berikut:
Tajuk: Naskhah Dala’il al-Khayrat Diraja Terengganu
Pembentang:
Nurul Iman Rosli,
Timbalan Ketua Kurator, Muzium Kesenian Islam Malaysia
Tarikh: 25 Januari 2022 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Moderator: Dr Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Ketua Pusat PPMAM, ATMA
Platform: Webex, Link akan diberikan kepada peserta yang mendaftar sahaja.
Yuran: RM 20.00 (Beserta E-Sijil dan rakaman)
Pendaftaran boleh dibuat melalui borang penyertaan https://tinyurl.com/daftardiskusisiri12022
Kakitangan UKM akan direkod dalam UrusBakat
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0113225 9091 (Whatsap/call) En. Bazri atau email ppmam@ukm.edu.my
Sekian, terima kasih.