Gastronomi Alam Melayu


Book Details

Pengarang : Mohd Faizal Musa, Suhaini Md Noor, Muhamad Shafiq Mohd Ali
Penerbit : Penerbit UKM
Publication Year : 2022
ISBN : 9789672517009
Price : 35.00

Gastronomi Alam Melayu menggarap sains rasa dan merasa dalam Alam Melayu melibatkan rentas bidang termasuklah bahasa, budaya, psikologi, sastera dan arkeologi. Ilmu gastronomi adalah bidang yang menerokai apa yang ada di meja hidangan, iaitu apa yang ada dalam hidangan, bagaimana dan mengapa ia dijamah oleh si pemakan, bagaimana ia disiapkan, etiket hidangan, hiasan dan juga akhirnya aturan hidangan. Gastronomi sebuah disiplin yang sering disalahertikan sebagai satu bidang yang enteng serta dikaitkan dengan hiburan, pelancongan, dan perhotelan; serta kurang diberi perhatian. Lebih menyedihkan, gastronomi juga telah secara tidak adil disorot sebagai satu bidang tata boga atau seni kulinari yang terhad kepada seni menyediakan hidangan. Selama ini, untuk memberikan bidang gastronomi kehormatan tersendiri, terdapat pula usaha menyorotnya sebagai sektor yang boleh dimajukan untuk kepentingan ekonomi. Tinjauan kosa ilmu juga menghantar kita kepada aspek nutrisi, justeru sains kesihatan. Hal ini tidaklah salah, akan tetapi dengan hanya memberikan perhatian kepada aspek tertentu dalam gastronomi, Wacana sebenar gastronomi telah terabai.