Seni Bina dan Seni Halus


Book Details

Pengarang : Nor Zalina Harun, Nik Lukman Nik Ibrahim, Muhamad Shafiq Mohd Ali
Penerbit : Penerbit UKM
Publication Year : 2022
ISBN : 9789672516989
Price : 45.00
Reference Link : Maklumat Lanjut

Bangunan tradisional yang rata-rata terdiri daripada istana, rumah pembesar, rumah orang kebanyakan, rumah ibadah dan pusat komersil seperti pasar, jeti dan warung merupakan warisan ketara ngeara yang penting dan amat wajar dikenal pasti sertadirekodkan keunikannya sebelum usang dan pupus ditelan zaman. Bangunan atau struktur tradisional yang masih banyak terdapat di sekitar Semenanjung Malaysia termasuk bengunan tradisional peribumi di Sabah dan Sarawak merupakan struktur yang dibina keseluruhannya dari kayu serta gabungan bahan organik seperti nibung, buluh dan atap rumbia, bertam atau genting tanah liat. Kaedah pembinaan setiap struktur banyak dipengaruhi oleh elemen dan faktor persekitaran dan latar belakang penghuni atau penggunanya. Selain dariapda aspek kelestarian alam yang banyak menitikberatkan faktor keselesaan serta aspek suai guna semula, pembinaan bangunan tradisional ini juga sangat unik dengan hiasan seni halus yang memberi tambah nilai selain menjadi lambang kearifan tempatan masyarkat terdahulu.