Kesejahteraan Mental Penjawat Awam: Survival 5 Hari Seminggu
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), dengan kerjasama Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan menganjurkan Webinar Kesihatan Mental yang mengetengahkan isu kesejahteraan mental dalam kalangan penjawat awam, khususnya dalam menghadapi cabaran dan tuntutan kehidupan bekerja.
Webinar bertajuk “Kesejahteraan Mental Penjawat Awam: Survival 5 Hari Seminggu” ini akan menampilkan:
Prof. Dr. Suzaily Wahab
– Pakar Perunding Psikiatri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia
Program ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan kesejahteraan mental, pengurusan tekanan serta keseimbangan kehidupan dan pekerjaan, di samping menyediakan ruang perkongsian ilmu dan kesedaran berkaitan kesihatan mental di tempat kerja.
📅 29 September 2026 (Selasa)
⏰ 10.00 pagi – 11.30 pagi
💻 Platform: Zoom, Pautan: https://ukm-edu-my.zoom.us/j/96281939648#success
Ayuh bersama-sama membina budaya kerja yang lebih sihat, sejahtera dan prihatin terhadap kesejahteraan mental.
