Kolokium Pascasiswazah PETARI 2022

 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM dengan kerjasama Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjemput anda dan penyelia anda untuk menyertai kolokium pascasiswazah PETARI 2022 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 13 September 2022 (Selasa)

Tempat: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM.

Tarikh akhir penyerahan abstrak: 9 September 2022

Yuran: RM50.00 (termasuk makan, sijil dan prosiding)

Penyerahan Abstrak: nzalina@ukm.edu.my.

 

Kami yakin penyertaan anda dalam Kolokium PETARI ini dapat memberi kesan positif kepada perjalanan penyeliaan, penyelidikan dan inovasi anda untuk berjaya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi urusetia di talian 03-8921 5300 / 5280 atau e-melkan di petari2019@gmail.com