Peluang GRA (Master, Sepenuh Masa) di ATMA

Peluang GRA (Master, Sepenuh Masa) di Institut Alam & Tamadun Melayu ATMA UKM
Tajuk Penyelidikan: Penggunaan tumbuhan herba oleh bidan Melayu Minangkabau di Negeri Sembilan dalam amalan penjagaan wanita selepas bersalin.
Syarat kelayakan & keperluan:
1. Terbuka untuk semua warganegara Malaysia
2. Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan
3. CGPA > 3.0
4. Mampu bekerja secara berdikari, proaktif dan minat yang mendalam.
5. Mahir melakukan ujian makmal (antioksidan & antimikrob)
6. Bersedia untuk mendaftar sebagai pelajar Sarjana (Mod penyelidikan sepenuh masa) di ATMA, UKM.
Faedah:
– Elaun bulanan selama 24 bulan disediakan (RM1500/bulan).
– Peluang menerbit makalah dan menghadiri seminar.
Calon yang berkelayakan dan berminat boleh menghubungi Dr. Razanah Ramya melalui e-mel: razanah.ramya@ukm.edu.my