Persidangan Antarabangsa Karya Agung Melayu (PAKAM) 2025

PAKAM 2025 ini dianjurkan oleh Yayasan Karyawan dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), serta disokong oleh Universiti Sains Malaysia (USM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

PAKAM 2025 menghimpunkan tokoh-tokoh cendekiawan dan penyelidik untuk memperkukuh kefahaman terhadap Karya Agung Melayu sebagai asas pembangunan tamadun bangsa.

23-25 Oktober 2025 (Khamis-Sabtu)
Le Meridien Putrajaya