Selamat Menyambut Hari Akademia 2026

Selamat Menyambut Hari Akademia 2026 kepada seluruh warga akademia, khususnya para pensyarah, penyelidik, felo, pegawai akademik serta seluruh warga ATMA yang terus komited dalam memperkasa ilmu dan menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan, penyelidikan serta pemeliharaan khazanah tamadun Melayu.

Semoga seluruh warga akademia ATMA terus menyemarakkan budaya ilmu, memperkukuh jaringan kolaborasi dan menghasilkan penyelidikan serta inovasi yang berimpak demi kelestarian ilmu, warisan dan kemajuan masyarakat.

Sinergi Ilmu, Teknologi dan Inovasi dalam Akademia.

Ikhlas daripada
Pengarah & Seluruh Warga Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM