Sidang Meja Bulat – “Bahasa Melayu dalam Pelestarian Budaya Keilmuan”

PROGRAM BULAN BAHASA 2021 – “Bahasa Melayu dalam Pelestarian Budaya Keilmuan”
Tarikh: 21 Oktober 2021
Masa:
8:30 Pagi – 1:00 Tengah hari (Sidang Meja Bulat)
Platform: Webex
Bulan Bahasa Kebangsaan mula digerakkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu agensi kerajaan yang diberi amanah untuk memajukan dan mengembangkan bahasa kebangsaan, sejak tahun 1960-an. Gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan yang disusuli dengan beberapa gerakan lain seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita dan Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta masih relevan dan terus dilaksanakan untuk memacu perkembangan bahasa menurut keperluan zaman. Pada ketika ini, antara keperluan yang mendesak termasuklah melestarikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi.
Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia untuk memenuhi keperluan itu dengan penganjuran webinar dan sesi perbincangan dalam format Sidang meja Bulat yang bertemakan Bahasa Melayu dalam Pelestarian Budaya Keilmuan bagi program Bulan Bahasa 2021.
Persidangan meja bulat turut diadakan melibatkan lebih kurang 60 orang pakar yang dijemput dan diketuai oleh 3 orang pengerusi yang merupakan pakar dalam bidang Sains dan Teknologi, Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Industri dan Produktiviti untuk perbincangan yang lebih berfokus.