Syarahan Umum Profesor Emeritus ATMA: Pembinaan Negara Berteraskan Kesepaduan Tamadun
Sukacita dimaklumkan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), akan menganjurkan Syarahan Umum Profesor Emeritus ATMA seperti berikut:



Penceramah: YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan
Syarahan Umum yang bertajuk “Pembinaan Negara Berteraskan Kesepaduan Tamadun” ini dianjurkan sebagai wadah ilmiah untuk menyorot gagasan strategik dalam pembinaan negara bangsa yang berteraskan nilai dan prinsip tamadun.
Syarahan ini turut bertujuan mengetengahkan kepentingan pendekatan bersepadu yang menjadikan warisan sejarah, budaya dan kearifan tempatan sebagai landasan utama dalam memperkukuh jati diri kebangsaan.
Inisiatif ini adalah selaras dengan misi Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) untuk mendokumentasi, mengkaji dan mempromosikan warisan keilmuan serta ketamadunan Melayu dalam konteks pembangunan negara yang lestari dan bermaruah.
Kehadiran YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan, amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan perhatian terhadap program ini.