Tahniah diucapkan kepada Gs. Dr. Muhamad Solehin Fitry bin Rosley, atas pengiktirafan Projek Penyelidikan Gegar Gamat Pemacu Perubahan (GGPP) UKM – Taraf 5

Tahniah diucapkan kepada Gs. Dr. Muhamad Solehin Fitry bin Rosley, Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM atas pengiktirafan Projek Penyelidikan Gegar Gamat Pemacu Perubahan (GGPP) UKM – Taraf 5.
Pengiktirafan ini menerusi projek penyelidikan bertajuk:
“From Hut to Palace: A Journey in Malay and Scottish Architecture’s Local Wisdom via Augmented Reality” yang memperlihatkan integrasi inovatif antara kearifan tempatan, seni bina dan teknologi realiti terimbuh.
Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan kecemerlangan penyelidikan serta mengangkat warisan ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.