Tahniah diucapkan kepada pasukan penyelidik ATMA atas kejayaan meraih Pingat Emas dalam projek inovasi

Warga Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada:
🔹 Ts. Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria
🔹 Dr. Junaini Kasdan
🔹 Dr. Suhaini Md Noor
🔹 Cik Jamilah Mohamed
🔹 Tn. Hj. Abdul Razak Mohd Ghazali
atas kejayaan menerima Pingat Emas menerusi inovasi bertajuk:
Penghasilan Corak Jubin Warisan Malaysia Berinspirasikan Anyaman Kelarai dan Hiasan Kerawang Manuskrip Melayu
dalam Pertandingan Inovasi Alam Melayu Antarabangsa 2025 (IMAN25) bagi kategori Keusahawanan,
anjuran Institut Pemikiran dan Kepimpian Melayu, Universiti Teknologi Mara, Malaysia.
Kejayaan ini membuktikan keunggulan idea kreatif dan kepakaran warga ATMA dalam mengangkat warisan seni dan reka bentuk Alam Melayu ke arah inovasi yang lestari dan bernilai komersial serta menyokong agenda SDG 4 (Kualiti Pendidikan) dan SDG 11 (Kelestarian Komuniti dan Warisan Budaya).
Tahniah dan syabas diucapkan.