Tahniah diucapkan kepada pasukan penyelidik ATMA atas kejayaan meraih Pingat Perak dalam projek inovasi

Warga Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada:
🔹 Dr. Norena Abdul Karim Zamri
🔹 Siti Sukainah Asshaari
🔹 Prof. Madya Dr. Nor Zalina Harun
🔹 Ts. Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria
atas kejayaan menerima Pingat Perak menerusi inovasi bertajuk:
Model Jejak Digital Diaspora Melayu: Inovasi Pendidikan Warisan Komuniti Sri Lanka
dalam Pertandingan Inovasi Alam Melayu Antarabangsa (IMAN25) bagi kategori Pendidikan,
anjuran Institut Pemikiran dan Kepimpian Melayu, Universiti Teknologi Mara, Malaysia.
Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan ATMA dalam memperkasa penyelidikan inovatif berasaskan warisan Alam Melayu serta menyokong agenda SDG 4 (Kualiti Pendidikan) dan SDG 11 (Kelestarian Komuniti dan Warisan Budaya).
Tahniah dan syabas diucapkan.