Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Nor Zalina Harun, pengiktirafan: Projek GGPP UKM – Taraf 5
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Nor Zalina Harun, Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia atas pengiktirafan: Projek Penyelidikan Gegar Gamat Pemacu Perubahan (GGPP) UKM – Taraf 5, menerusi projek bertajuk: “Pembangunan Ruang Komunal sebagai Ruang Integrasi Komuniti Strata Kos Rendah di Malaysia”, yang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).
Pengiktirafan ini mencerminkan impak besar penyelidikan terhadap pembangunan komuniti dan kelestarian bandar, selaras dengan agenda Sustainable Development Goals (SDG), 3,4,9,11 dan 17.
Syabas dan teruskan kecemerlangan dalam penyelidikan berimpak tinggi.