Tahniah! Dr. Razanah Ramya @ Abd Rahim atas pelantikan semula sebagai Ketua Editor Jurnal ATMA

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr. Razanah Ramya @ Abd Rahim atas pelantikan semula sebagai Ketua Editor Jurnal ATMA bagi tempoh 1 Oktober 2025 hingga 30 September 2028.
Semoga pelantikan ini terus memperkasa penerbitan ilmiah ATMA sebagai wadah utama dalam penyelidikan dan wacana keilmuan berkaitan Alam dan Tamadun Melayu di peringkat nasional dan antarabangsa.