Tahniah! En. Zulhairi Midon atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025.

Seluruh warga Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Zulhairi Midon, Pembantu Khidmat Am (H1), atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 bagi penilaian prestasi tahun 2024.
Anugerah ini merupakan pengiktirafan atas dedikasi, komitmen dan kecemerlangan dalam menjalankan tugas serta menyumbang kepada kecemerlangan institusi.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua warga kerja untuk terus berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.