Tahniah! Makalah Jurnal Terbaik Sains Sosial & Kemanusiaan

Makalah dalam jurnal ATMA menerima anugerah utama bagi makalah jurnal terbaik Sains Sosial & Kemanusiaan (Indeks Kebangsaan) oleh MAPIM-KPT.

Penulis adalah felo tamu dan felo bersekutu ATMA iaitu Dr. Kassim Bahali, Prof. Madya Dr. Nazri Muslim dan mantan felo utama ATMA iaitu Prof. Dr. Latif Samian serta Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi iaitu Dr. Shazana Abd. Hamid dengan tajuk ‘Penilaian Semula Hitungan Waktu Subuh di Alam Melayu’.