Tahniah! Mohd Khaidir Abdul Wahab, Pelajar Ijazah Doktor Falsafah ATMA atas kejayaan meraih Anugerah Khazanah Terbilang 2026
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengucapkan tahniah kepada Mohd Khaidir Abdul Wahab, Pelajar Ijazah Doktor Falsafah ATMA, atas kejayaan meraih Anugerah Khazanah Terbilang (Pemenang Pingat Emas Utama) bagi Kategori Keselamatan dan Kemakmuran Komuniti dengan tajuk, Pelestarian Bahasa Murut Tahol, โBahasa Dipelihara, Identiti Diperkasa, Komuniti Sejahteraโ, menerusi pertandingan Borneo Festival of IDEAS 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 13 dan 14 Oktober 2026.
Tahniah turut diucapkan kepada Prof. Dr. Chong Shin dan Prof. Madya Dr. Karim Harun selaku penyelia atas bimbingan dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan penyelidikan ini.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi ATMA dan UKM untuk terus memperkasa ilmu, teknologi dan kelestarian warisan Alam Melayu.
