Tahniah! Nor Faiz Muhammad Noor, Pelajar Ijazah Doktor Falsafah ATMA atas kejayaan meraih Anugerah Emas (Inovasi) dan Kertas Kerja Terbaik
π»ππππππ!
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nor Faiz Muhammad Noor, Pelajar Ijazah Doktor Falsafah ATMA, atas kejayaan meraih Anugerah Emas (Inovasi) dan Kertas Kerja Terbaik menerusi penyertaan dalam International Innovation and Action Research Competition 2026 pada 23 September 2026.
Kejayaan tersebut diraih menerusi inovasi bertajuk: βTAFSIR AI: A Source-Grounded Multilingual Voice Kiosk for Museum Heritage Interpretationβ
ATMA berbangga atas pencapaian ini yang menyerlahkan potensi penyelidikan siswazah dalam menghasilkan inovasi berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi menyokong interpretasi, pemeliharaan dan penyampaian warisan kepada masyarakat.
Tahniah juga kepada penyelia, Gs. Dr. Muhamad Solehin Fitry Rosley dan Prof. Dr. Nor Zalina Harun atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang serta menyumbang kepada pengembangan ilmu dan inovasi dalam bidang warisan dan tamadun Melayu.
