Tahniah! Penubuhan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) bagi Institut; Kelestarian Modal Warisan Alam Melayu

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM telah berjaya membentuk Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) bagi Institut; Kelestarian Modal Warisan Alam Melayu yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nor Zalina Harun, Felo Penyelidik Kanan ATMA.
Penubuhan kumpulan penyelidikan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa dan memelihara warisan serta budaya alam Melayu secara lestari, seiring dengan agenda pembangunan mampan negara.
Semoga pelantikan ini membawa kejayaan yang lebih gemilang dalam memperkukuh peranan penyelidikan warisan di peringkat nasional dan antarabangsa.