Tahniah! Prof. Dr. Asyaari Muhamad, Ts. Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria dan Wang Feiran atas kejayaan menerbitkan makalah dalam jurnal berindeks WOS Q1, 2026

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merakamkan penghargaan kepada Prof. Dr. Asyaari Muhamad, Ts. Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria dan Wang Feiran (Pelajar ATMA) atas kejayaan menerbitkan makalah dalam jurnal berindeks WOS Q1, Indonesia and the Malay World terbitan Taylor & Francis/Routledge.
Judul Makalah:
Tributary Relations Between China and The Malacca Region (420–1487 CE): Historical Evolution and Quantitative Analysis.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penerbitan berimpak tinggi serta pencapaian akademik yang membanggakan pada masa hadapan.