Tahniah Ts. Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria atas pelantikan sebagai Ketua Projek Pendigitalan Kitab Turath Sheikh Ahmad Al-Fatani.

𝑻𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉!
Warga Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Ts. Dr. Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Ketua Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, ATMA, UKM atas pelantikan sebagai Ketua Projek bagi projek Pendigitalan Kitab Turath Sheikh Ahmad Al-Fatani.
Projek yang menerima pembiayaan berjumlah RM147,280.00 daripada Yayasan Turath Islami Negeri Selangor bagi tempoh Jun 2026 hingga Jun 2027 ini mencerminkan pengiktirafan terhadap kepakaran dan komitmen ATMA dalam bidang penyelidikan manuskrip, pendigitalan warisan serta pemerkasaan ilmu turath untuk generasi masa kini dan akan datang.