Telaah: Kupasan Karya Buku “1515”

Bersempena Festival of Ideas (FOI), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membawakan TELAAH bagi kupasan karya buku 1515.
Ikuti sesi kupasan menarik karya buku “1515 yang membawa khalayak menelusuri gagasan sastera garda depan yang menyingkap pertembungan sejarah, kuasa, dan kreativiti dalam membina wacana bangsa.
-Panel:
Dr. Mohd Faizal Musa (Faisal Tehrani),
Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM.
-Moderator:
Tuan Sayed Munawar Sayed Mustar
📅 7 November 2025 (Jumaat)
🕤 9.30 pagi – 10.30 pagi
📍 Dewan 10, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Sertai perbincangan ilmiah ini dan hayati kekuatan wacana sastera yang terus menjadi garda depan pemikiran bangsa.