Wacana Penyelidikan Arkeologi Terkini UKM sempena Bulan Semarak Penyelidikan UKM 2026
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dengan kerjasama Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) menjemput warga akademik, penyelidik, pelajar dan masyarakat umum untuk mengikuti Wacana Penyelidikan Arkeologi Terkini UKM sempena Bulan Semarak Penyelidikan UKM 2026.
Wacana ini menampilkan dua pembentangan yang mengupas penemuan dan tafsiran arkeologi di Malaysia, merangkumi aspek arkeologi protosejarah dan prasejarah, sekali gus memperluas pemahaman tentang perkembangan masyarakat, kebudayaan dan sejarah awal di Alam Melayu.
Arkeologi Protosejarah: Tafsiran Terkini Dapatan Arkeologi di Tapak Kg. Baru, Kota Kuala Muda, Kedah
Arkeologi Prasejarah: Dapatan Terkini di Gua Pelangi, Jelebu, Negeri Sembilan
Wacana ini merupakan platform perkongsian ilmu dan perkembangan penyelidikan arkeologi terkini yang dapat memperkukuh wacana akademik, memperkaya pengetahuan tentang warisan sejarah serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan khazanah arkeologi negara.
Ayuh bersama-sama menyertai wacana ini bagi mendalami penemuan arkeologi dan meneroka sumbangannya terhadap pemahaman sejarah serta tamadun Alam Melayu.
