Warga ATMA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H/ 2024M

Seluruh warga ATMA, UKM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H kepada seluruh umat Islam. Maaf Zahir dan Batin 🌙🕌

Wacana peradaban mencorak jiwa,
ATMA institut cerminan watan;
Salam lebaran untuk semua,
Luhur hati ikhlas bermaafan.

Sambut lebaran penuh kesyukuran,
Tangan dihulur menyemai keinsafan;
Ilmu & budi jadi amalan,
ATMA mendukung iltizam dan harapan.

Semoga lebaran pada tahun ini disambut dengan penuh bermakna diiringi keredhaan dan keberkatan. 🤲🏻