Buku Herba dan Perbidanan Tradisional mengangkat warisan perbidanan Melayu yang berteraskan ilmu tumbuhan ubatan, amalan dan falsafah keseimbangan tubuh. Perbincangan menghuraikan peranan herba dalam penjagaan reproduktif serta amalan tradisional seperti melengang perut, param, pilis, bertangas, bertungku dan mandi herba dari fasa kehamilan hingga berpantang. Kupasan berasaskan penelitian etnobotani dan pengalaman pengamal tradisional yang menekankan hubungan antara alam, tubuh dan spiritual. Penulisan ini berfungsi sebagai rujukan ilmiah dan usaha pemeliharaan warisan etnoperubatan Melayu yang semakin terhakis.