Buku ini mengupas peranan pembangunan modal sosial dalam memelihara kelestarian petempatan tradisional Melayu, khususnya di Terengganu. Hasil kajian yang menyoroti cabaran pembangunan fizikal tidak terancang dan pengaruh globalisasi, serta menawarkan pendekatan baharu bagi mengekalkan identiti dan warisan komuniti. Melalui kerjasama antara masyarakat, pihak berkuasa dan pemegang taruh, buku ini menekankan keseimbangan antara kemajuan dan pemeliharaan warisan.