Pusaka Watan dalam Manuskrip Melayu


Book Details

Pengarang : Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Salmah Jan Noor Muhammad, Ahmad Bazri Mokhtar
Penerbit : Penerbit UKM
Publication Year : 2023
ISBN : 9786294860575
Price : 45.00
Reference Link : Maklumat Lanjut

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan izin-Nya kami telah berjaya menghasilkan sebuah buku yang merupakan hasil artikel terpilih dari Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu (SEMALU 2021) yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2021. Tujuan utama buku ini dihasilkan adalah untuk memperkayakan bahan penulisan dari hasil penyelidikan terhadap manuskrip Melayu yang merentasi enam subtema, iaitu sejarah, keagamaan, bahasa/sastera, etnosains, seni dan konservasi.

Warisan ilmu manuskrip Melayu perlu diangkat dan diteliti dari semua jenis manuskrip dan bidang bagi memastikan ilmu leluhur Melayu dapat dimanfaatkan sebagai acuan dalam kehidupan generasi masyarakat Melayu hari ini. Kepelbagaian bahan seperti warkah, karya sastera, karya sejarah dan sebagainya perlu diperhalusi secara makro dan mikro bagi mendapatkan segala intipati yang hendak disampaikan bersesuaian dengan tajuk yang diberikan bagi naskah ini, iaitu Pusaka Watan dalam Manuskrip Melayu.

Penerbitan ini adalah salah satu daripada usaha Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM bagi mengangkat penyelidikan manuskrip Melayu di bawah dana TKS 413 yang sekali gus melestarikan warisan ilmu yang menjadi bukti kepada peradaban tamadun alam Melayu. Justeru itu, dengan terhasilnya penerbitan ini diharap ia menjadi panduan dan rujukan buat semua lapisan masyarakat khususnya para pelajar dan penyelidik muda. Oleh yang demikian, pihak Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu akan terus berusaha untuk mengangkat khazanah ilmu alam Melayu melalui manuskrip Melayu sebagai pedoman kepada generasi kini dan akan datang.